Sunday, June 17, 2012

Tindakan Kerajaan Selepas Laporan IAEA


Pada 1 Januari 2012, MOSTI mengumumkan untuk mempamerkan kepada orang ramai pelan pengurusan residu Lynas dan mendapatkan maklum balas masyarakat mengenainya. 

Dokumen tersebut dipamerkan dari 3-26 Januari 2012. Pada 26 Januari 2012, seramai 334 individu telah meneliti dokumen tersebut dan 1,123 maklum balas diterima.

Pada 1 Februari 2012, Setiausaha Eksekutif Lembaga AELB yang juga Ketua Pengarah AELB mengumumkan kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas tertakluk kepada lima syarat berikut: -
i.              Lynas perlu mengemukakan pelan komprehensif kemudahan pelupusan tetap (PDF); 
ii.            Pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira sama ada residu dikitar semula atau tidak; 
iii.           Pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan dan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 10 bulan dari tarikh lesen TOL dikeluarkan; 
iv.           Lynas perlu membayar USD50 juta sebagai      deposit jaminan kewangan secara ansuran     selama lima tahun kepada kerajaan Malaysia; dan 
v.            Lembaga mempunyai hak untuk melantik penilai pakar bebas untuk menilai pematuhan Lynas terhadap piawaian dan amalan baik yang dikenakan pihak berkuasa. Kos pasukan penilai ini akan ditanggung oleh Lynas.
Pada 2 Mac 2012, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa Lynas perlu menempatkan PDF mereka jauh dari penempatan orang awam. Sekiranya syarikat gagal menemui lokasi yang sesuai, mereka perlu membawa residu keluar dari Malaysia.

Pada 6 Mac 2012, YB Menteri MITI mengumumkan bahawa Lynas telah mengemukakan secara bertulis jaminan untuk membawa keluar negara residu yang terhasil sekiranya perlu.

Pada 16 Mac 2012, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan keputusan Kabinet mengenai penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).

Pada 20 Mac 2012, usul mengenai penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibincangkan dan diluluskan di Parlimen. 

Jawatankuasa ini dilantik bagi tujuan meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek ini. 

Jawatankuasa ini akan diketuai oleh YB Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi dan akan dianggotai enam Ahli Parlimen iaitu lima wakil Barisan Nasional (BN) termasuk seorang pengerusi dan seorang ahli Parlimen Bebas yang diberi tempoh tiga bulan untuk melaksanakan tugas.

Walaubagaimana pun, Ahli Parlimen Kuantan (PKR), YB Fuziah Salleh enggan menerima jemputan dan menjadi ahli Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membincangkan hal ini.

Tindakan beliau masih menjadi satu titik pertikaian dimana beliau dilihat jelas sengaja mempolitikkan isu pembinaan kilang Lynas sebagai salah satu agenda utama dalam Pilihan Raya kelak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...