Diantara tuntutan oleh pihak Anti Lynas adalah untuk mewujudkan Panel Bebas bagi mengkaji keberkesanan dan tahap keselamatan kilang memproses Nadir Bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Dakwaan mereka, dengan adanya keputusan dan Panel Bebas ini, isu berkaitan dengan pembinaan kilang tersebut dapat dikurangkan.
Maka, bagi memenuhi tuntutan tersebut, pada 13 Mei 2011, Kerajaan Pusat mengumumkan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria telah pilih sebagai panel pakar bebas untuk:
i.Memastikan Lynas mematuhi standard keselamatan dan amalan baik antarabangsa, dan
ii. Memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan, khususnya yang berkaitan dengan keselamatan radiasi.
Skop kajian mencakupi:
i.Pemulihan alam sekitarii.Penamatan operasiiii.Pengangkutaniv.Pengurusan residuv .Perlindungan radiasi (pekerjaan, orang awam, alam sekitar)vi.Penilaian keselamatan
Panel Pakar IAEA terdiri daripada 9 orang ahli – empat dari IAEA dan selebihnya dari Kanada, India, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan.
Kesemua mereka merupakan pakar terkemuka dalam bidang masing-masing yang berkaitan dengan aspek kesihatan dan keselamatan radiasi.
Anggota panel ini seterusnya telah melawat Malaysia dari 29 Mei hingga 3 Jun 2011. Tujuan utama adalah mendapatkan pandangan daripada orang awam termasuk persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan, badan professional dan parti politik.
Pada 30 Jun 2011, Panel Pakar Bebas IAEA telah mengemukakan laporan lengkap kepada Kerajaan Malaysia dan dipamerkan kepada umum. Laporan ini boleh diakses di laman sesawang IAEA (http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf).
No comments:
Post a Comment