Tuesday, June 19, 2012

Soalan Lazim (Bhg.1) - Berkaitan AELB


Mengapa Lynas Menjadi Kontroversi?

Ia di dakwa membahayakan kesihatan dan keselamatan. Bahan mentah yang diproses oleh Lynas mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif yang sememangnya wujud secara semulajadi. Terdapat dakwaan bahawa radioaktif yang wujud dalam bahan mentah ini, dan dalam produk serta residu yang terhasil boleh membawa kemudaratan terhadap manusia dan merosakkan alam sekitar.

Dakwaan-dakwaan tersebut mempunyai asas yang lemah kerana bahan mentah yang diproses oleh Lynas mengandungi sejumlah kecil bahan radioaktif yang sememangnya wujud secara semulajadi.

Apakah Peranan AELB?

AELB menetapkan standard kesihatan dan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh Lynas dan syarikat-syarikat lain. Piawaian ini adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.

AELB juga berperanan untuk memastikan bahawa standard ini dipatuhi. Mereka akan memantau dan menilai kesan radiasi terhadap rakyat dan alam sekitar meliputi semua peringkat pembinaan dan operasi. Mereka memberi perhatian khusus terhadap pengurusan dan pelupusan residu.

Apakah Bidang Kuasa Yang Ada Pada AELB?

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) memberikan kuasa kepada AELB untuk bertindak sebagai penguatkuasa.

Sebagai contoh, mereka berkuasa menutup mana-mana kilang jika mereka tidak berpuas hati dengan tahap pengurusan residu. Ia juga boleh mengarahkan sesebuah syarikat mengubahsuai operasi mereka agar mematuhi piawaian kesihatan dan keselamatan radiasi.

Apakah Jenis Lesen Yang AELB Keluarkan kepada Lynas Setakat ini?

AELB telah memberikan tiga lesen kepada Lynas:

Lesen tapak - Dengan lesen ini, Lynas dibenar untuk menyediakan tapak di Kawasan Perindustrian Gebeng untuk pembinaan kilang mereka.

Lesen pembinaan - Dengan lesen ini, Lynas dibenarkan membina kilang mereka.

Lesen Operasi Sementara (TOL) - (TOL telah diluluskan oleh Lembaga AELB pada 30 Januari 2012, tetapi lesen masih belum dikeluarkan setakat ini. )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...