Tuesday, June 19, 2012

Soalan Lazim (Bhg.2) - Lesen Sementara (TOL)


Apakah Tindakan Lynas Seterusnya Setelah Kelulusan Lesen Operasi Sementara (TOL) Ini?

Lynas boleh memohon lesen TOL apabila memenuhi beberapa syarat yang dikenakan. Lynas seterusnya boleh memohon permit untuk mengimport bahan mentah.

Proses-Proses Yang Diambil Sebelum Kelulusan TOL Diberikan Oleh AELB?

AELB meneliti permohonan terperinci yang dikemukakan oleh Lynas di mana Lynas menerangkan bagaimana mereka bercadang memenuhi piawaian keselamatan yang telah ditetapkan oleh AELB.

AELB mempamerkan permohonan Lynas kepada orang awam dan memberi peluang kepada mereka untuk memeriksa dan memberi maklum balas dari 3 hingga 26 Januari 2012.
AELB menganalisa semua maklum balas yang diterima dan mengemukakan penemuan mereka kepada Jawatankuasa Pemantauan. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada pakar-pakar profesional pelbagai disiplin.

Jawatankuasa Pemantauan mengambil kira maklum balas yang diterima daripada orang ramai dan mengemukakan laporan mereka kepada Lembaga AELB.

Lembaga AELB bermesyuarat pada 30 Januari 2012 dan selepas mengambil kira semua perkara di atas, memutuskan untuk meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas, tertakluk kepada beberapa syarat.

TOL tersebut adalah sah selama dua tahun.

Dimana PDF Akan Ditempatkan?

Walaupun fakta saintifik dan teknikal menunjukan bahawa residu ini tidak berbahaya, YAB Perdana Menteri mengarahkan supaya PDF yang dicadangkan oleh Lynas hendaklah terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Arahan ini dibuat setelah mengambil kira keperluan emosi dan psikologi rakyat.

Apakah Yang Akan Berlaku Jika Lynas Gagal Memenuhi Mana-mana Syarat Khas?

AELB akan menggantung atau membatalkan TOL.

Bolehkah Lynas Memulakan Operasi Pengilangannya Sekarang?

Lynas hanya boleh memulakan operasi sementara mereka setelah lesen TOL dikeluarkan. Lesen TOL hanya boleh dikeluarkan selepas Lynas:
Membayar Yuran Lesen. Membayar USD50 juta wang cagaran keselamatan, iaitu USD 10 juta setahun selama lima tahun. Mengemukakan jaminan bertulis bahawa ia akan memindahkan ke luar negara semua residu yang terhasil.
Bolehkah Lynas Mengimport bahan Mentah Untuk Kegunaan Di Kilang Gebeng Sekarang?

Lynas hanya boleh mengimport bahan mentah setelah lesen TOL dan permit import dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...