KUALA LUMPUR: Persoalan atau keraguan tentang Projek Lynas AdvancedMaterials Plant (LAMP) perlu berasaskan saintifik dan bukannya andaian atau kebimbangan tanpa asas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan pendudukdan kesannya kepada alam sekitar, malah bukti saintifik setakat ini tidak menimbulkan sebarang keraguan itu.
"Antara orang yang menyatakan dengan jelas bahawa Lynas satu perusahaan yang selamat ialah Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti PAS sendiri.
"Dia daripada PAS tetapi dia juga saintis dan pakar dalam bidang ini dan bercakap dengan yakin walaupun pendirian partinya lain. Dia nyatakan sebagai seorang saintis bahawa tiada gangguan keselamatan mengenai pelan di Lynas," kata Najib.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, pada Jumaat.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai LAMP pada Selasa lalu memberi lampu hijau kepada syarikat tersebut untuk memperoleh lesen pengendalian sementara (TOL) kerana ia memenuhi segala keperluanyang ditetapkan.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, siasatan mengenai tiga diplomat Singapura yang didakwa menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sedang dijalankan oleh Kementerian Luar.
"Kita mahu melihat kesahihan laporan tersebut sama ada mereka hadirsebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi. Faktor itu yangmesti kita tentukan," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment