Pada awal tahun 2011, masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan dan badan profesional bimbang mengenai status keselamatan projek Lynas dan ditakuti memberi impak terhadap kesihatan dan keselamatan orang awam.
Kebimbangan ini ditokok tambah dengan kebocoran loji nuklear di Fukushima lanjutan tragedi tsunami di Jepun.
Ekoran daripada kebimbangan masyarakat mengenai aspek kesihatan dan keselamatan projek, pada 22 April 2011, Kerajaan memutuskan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa bagi memastikan Lynas mematuhi semua aspek kesihatan dan keselamatan.
Sementara menunggu keputusan kajian tersebut, Lynas tidak diberikan lesen pra-operasi dan tidak dibenarkan mengimport bahan mentah dari Australia.
Isu ini kemudiannya dijadikan sebagai modal politik pihak tertentu dan sering menimbulkan pelbagai spekulasi untuk memburukkan keadaan.
Terutama sekali pihak Pakatan Rakyat yang menjadikan isu berkaitan dengan Lynas ini sebagai salah satu agenda untuk mengkritik pihak Kerajaan.
Selain itu, mereka juga sering mengganggu taklimat serta majlis penerangan dari pihak yang bertanggungjawab agar tidak dapat menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.
Memutar belitkan fakta dan tidak melaporkan perkara sebenar sering dilakukan oleh mereka untuk terus mencetuskan keadaan panik dikalangan rakyat sehingga isu ini menambahkan kekeliruan.
Walaubagaimana pun, rakyat di kawasan Gebeng dan seluruh daerah Kuantan khususnya sudah muak dengan agenda pihak yang tidak bertanggungjawab ini kerana ianya mewujudkan suasana tidak selesa disekitar kawasan.
Bukan sahaja mereka mewujudkan rasa takut dikalangan rakyat, tetapi turut memecah belahkan masyarakat dalam kawasan kejiranan tertentu sehingga ada yang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran masing - masing.
Demikian sedikit sebanyak luahan mereka yang terlibat bagi menjelaskan bagaimana isu Lynas ini timbulkan dan kesan - kesan sampingannya sehingga kini.
No comments:
Post a Comment