Thursday, June 14, 2012

Pengenalan: Apakah Nadir Bumi?

Apakah Nadir Bumi?

Nadir Bumi terhasil secara semulajadi. Ia merupakan elemen yang penting didalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalytic converter, turbin angin, bateri kereta hybrid, dan paparan skrin rata.

Pemintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan. Pada masa kini, China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Dengan wujudnya industri pemprosesan Nadir Bumi, negara mampu menarik pelaburan industri hiliran seperti pembuatan super magnet, komponen kenderaan hibrid, kapasitor seramik, polishing powder, mentol jimat tenaga dan sebagainya

Sepertimana industri-industri lain di Malaysia, industri ini juga membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal seperti kejuteraan kimia. Industri sokongan seperti pembekalan peralatan dan bahan-bahan kimia, logistik serta industri sokongan yang lain juga akan menerima faedah dengan wujudnya industri ini.

Nadir Bumi dan Radiasi

Nadir Bumi biasanya dijumpai di dalam kerak bumi. Ia mempunyai unsur radioaktif semulajadi. Oleh itu proses penguraian Nadir Bumi perlu dilakukan dengan berhati-hati agar ia tidak memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.

Manusia sentiasa terdedah kepada bahan radioaktif di dalam aktiviti harian. Bagaimanapun tubuh badan manusia boleh menerima kadar radiasi semulajadi dalam ukuran dos yang rendah tanpa menjejaskan kesihatan misalnya radiasi pada batuan, air permukaan (surface water) dan air bawah tanah, tanam- tanaman serta haiwan.

Had pendedahan radiasi untuk orang ramai yang diterima-pakai adalah 1millisievert / tahun. Pendedahan radiasi tahunan dalam milisievert (mSv) / tahun, bagi beberapa aktiviti-aktiviti harian manusia adalah seperti jadual di bawah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...