Keputusan Lynas memilih Malaysia adalah berasaskan pertimbangan komersil dan dasar pelaburan kerajaan yang mesra pelabur.
Lynas juga memilih Kawasan Perindustrian Gebeng memandangkan ia berdekatan dengan pelabuhan Kuantan, bekalan gas, air dan bahan kimia yang cukup serta terdapat tenaga kerja yang mahir di negara ini.
Di Australia Barat bahan Nadir Bumi tidak di kategorikan sebagai bahan radioaktif malah ia tidak di kawal selia oleh negara tersebut. Berikut merupakan petikan kenyataan Menteri Sumber Australia Barat, En Norman Moore pada 29 Februari 2012:
“The company’s Mont Weld mine has also come under attack from environmentalists, who are worried about the radioactive nature of rare earths.
However, WA Resources Minister Norman Moore said that the concerns were misplaced, with radioactive levels being no higher than commonly mined mineral sands.
The material does not trigger regulatory standards and is considered by the Department of Mines, the WA Radiological Council and the Australian Government to be too low in radiation levels to be regulated as a dangerous good”.
Kerajaan Australia juga sebenarnya menyokong industri pemerosesan Nadir Bumi di negara mereka. Contohnya Kerajaan Australia Selatan dan kerajaan-kerajaan Wilayah Utara Australia serta masyarakat Whyalla menyokong projek kompleks Nadir Bumi Arafura.
Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Urusan Arafura Resources Limited “Whyalla is a key part of Arafura’s business model which is to add value to resources in Australia and produce rare earth oxides for users worldwide using production processes developed in Australia.
The Whyalla Community and South Australia and Northern Territory Governments have been supportive of our plans to deliver a project that will place Australia well and truly on the global rare earths industry map.”
Oleh demikian, dakwaan yang mengatakan bahawa Australia tidak membenarkan projek pemerosesan Nadir Bumi bertapak di negara mereka adalah tidak benar sama sekali.
No comments:
Post a Comment