Lynas TIDAK sama dengan ARE. ARE menggunakan monazite sebagai bahan mentah.
Ianya diekstrak dari tahi bijih timah atau amang yang mengandungi kandungan radioaktif 37 kali ganda lebih tinggi daripada bahan mentah Lynas iaitu lanthanide.
Sisa-sisa ARE juga adalah 60 kali lebih tinggi kadar radiasinya.
Sewaktu operasi ARE sekitar tahun 1970 an, AELB belum ditubuhkan. Oleh sebab itu pemantauan secara sistematik tidak dapat dilaksanakan.
Piawaian keselamatan yang dikenakan oleh AELB adalah setanding malah lebih ketat daripada piawaian antarabangsa.
Dengan kemajuan hari ini, teknologi yang digunakan oleh Lynas adalah jauh lebih maju berbanding ARE.
Benarkah Kerajaan Australia Tidak Mengizinkan Residu Ini Di Hantar Semula Ke Negara Mereka?
Residu yang dihasilkan TIDAK dianggap sebagai sisa radioaktif di Australia barat. Ia adalah bahan yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (Naturally Occuring Radioactive Material - NORM).
Oleh itu ia tidak tertakluk kepada mana-mana peraturan radiasi di Australia. Lynas juga telah mengemukakan jaminan bertulis untuk mengeluarkan residu ke luar negara sekiranya perlu.
Perlu di nyatakan bahawa NORM tidak dikawal oleh Konvensyen Basel, mahupun standard pengangkutan radioaktif antarabangsa sebagaimana yang di gembar-gemburkan oleh segelintir pihak.
No comments:
Post a Comment