Thursday, June 14, 2012

GABUNGAN NGO PAHANG MENDUKUNG AGENDA UNTUK NASIONAL

Siapakah DAUN?

Satu gabungan NGO-NGO Pahang yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama bergabung di bawah satu badan bagi menyokong usaha dan polisi kerajaan di dalam Projek Lynas.

DAUN mendesak agar projek Lynas diteruskan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri Pahang dan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda tempatan khususnya dalam kejuruteraan dan kimia.

Peluang perniagaan sampingan yang ditawarkan oleh projek Lynas juga membantu peniaga-peniaga muda Pahang meningkatkan taraf kehidupan mereka.

DAUN mengutuk tindakan sesetengah pihak terutama parti-parti politik yang menyebarkan dakyah-dakyah negatif mengenai projek Lynas yang mempermainkan sentimen penduduk tempatan dengan maklumat yang tidak tepat.

Gabungan NGO ini tidak ada sebarang kepentingan didalam syarikat Lynas. Namun kebanyakan dari ahli - ahli yang menyertai DAUN merupakan pekerja di kilang tersebut.

Selain itu, ahli NGO ini juga turut disertai dan disokong oleh penduduk - penduduk dikawasan daerah Kuantan, khususnya disekitar Balok dan Gebeng.

Hakikatnya, mereka sendiri sudah muak dengan momokkan sesetengah pihak yang hanya tahu mempertikaikan mengenai projek tersebut. 

Malangnya, sehingga kini, usaha pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak membawa sebarang pembaharuan.

Sebaliknya, mereka hanya berjaya memporak perandakan hubungan masyarakat disekitar kawasan ini sehingga mengakibatkan berlakunya perpecahan dikalangan rakyat.

Atas dasar rasa bertanggungjawab itulah, maka NGO Gabungan yang dikenali sebagai DAUN ini ditubuhkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...