Wednesday, June 27, 2012

Laporan Polis Dibuat Terhadap Anti Lynas


Berikutan laporan dan kenyataan menghasut rakyat yang dikeluarkan oleh pihak Anti Lynas, satu laporan Polis telah dibuat bagi menghalang agenda mereka.

Atas rasa tanggungjawab terhadap keamanan dan kesejahteraan rakyat disekitar kawasan Gebeng, NGO DAUN telah mengambil inisiatif ini bagi menghalang perka itu berlaku di Kuantan.


Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Anti Lynas dan Himpunan Hijau, Wong Tack mengetuai 10 Jawatankuasa bagi tujuan menghalang kemasukan bahan mentah dari Australia ke kilang Lynas di Gebeng.

Perhimpunan dijadualkan akan diadakan di kawasan Perlabuhan Kuantan dimana bahan mentah berupa nadir bumi itu bakal dibawa masuk.

Agenda mereka itu jelas mendapat bantahan rakyat secara keseluruhan dan seterusnya memaksa Gabungan NGO Pahang Mendokong Agenda Untuk Nasional (DAUN) mengambil tindakan sewajarnya.

Mereka menggesa agar pihak Keselamatan terutamanya Polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap agenda pihak Anti Lynas ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...