Tuesday, June 19, 2012

Soalan Lazim (Bhg.3) - Bahan Mentah, Sisa dan PDF


Bolehkah Lynas Mengimport bahan Mentah Untuk Kegunaan Di Kilang Gebeng Sekarang?

Lynas hanya boleh mengimport bahan mentah setelah lesen TOL dan permit import dikeluarkan.

Bagaimana Pula Dengan Keselamatan Air Sisa Yang Dilepaskan?

Semua air sisa akan dirawat sepenuhnya menepati piawaian yang telah ditetapkan sebelum ia dilepaskan. Lynas tidak akan melepaskan air sisa industri selagi ia tidak dirawat.

Bagaimana Pula Dengan Gas Yang Terhasil Daripada Kilang Ini?

Gas-gas yang terhasil akan dirawat oleh Lynas mengikut piawaian antarabangsa dan dipantau oleh pihak berkuasa yang berkaitan secara berterusan untuk memastikan ia selamat untuk dilepaskan melalui cerobong kilang.

Bagaimana Tahap Radiasi Dipantau?

Lynas akan sentiasa memantau tahap radiasi operasi mereka.  AELB pula  akan mengesahkan bahawa tahap tersebut selamat mengikut piawaian antarabangsa dan memastikan Lynas mematuhi undang-undang negara bagi memastikan kesihatan dan keselamatan awam dilidungi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...