Wednesday, June 20, 2012

Radiasi Sifar Dari Loji Lynas

NONE
Syarikat perlombongan gergasi Australia, Lynas Corporation Ltd tetap dengan keyakinannya bahawa orang awam akan berdepan dengan pendedahan radiasi "sifar" apabila loji nadir bumi miliknya beroperasi di Gebeng, Pahang.

Dalam dokumen bertarikh 23 Mac tahun ini - yang diberikan kepada wartawan oleh wakil perhubungan awam Lynas, Ogilvy Worldwide - syarikat itu mendakwa, walau apa pun radiasi tambahan dari operasi loji tersebut, hanya akan dialami oleh pekerjanya, dan itupun pada tahap yang rendah sekali.




Memetik hasil Penilaian Impak Radiologi (RIA) yang dijalan dan dibentangkan oleh agensi nasional Nuklear Malaysia pada 2009, Lynas berkata simpanan bahan “sisa” atau produk sampingan operasi mereka ialah "selamat dan tidak menimbulkan risiko kepada orang awam".

"Bagaimanapun, Lynas telah mengambil langkah keselamatan tambahan dengan menempatkan sisa tersebut dalam sel simpanan kejuruteraan yang selamat, yang direka supaya tiada kemungkinan untuk berlaku kebocoran bahan ke persekitarannya,” kata syarikat itu dalam satu daripada tiga dokumen untuk menjelaskan mengenai projek tersebut.

NONE

Merujuk kepada laporan Nuklear Malaysia, syarikat itu berkata setiap orang menerima purata 2.4 millisieverts (mSv) radiasi dari persekitaran semula jadi mereka setiap tahun.

Lynas juga menyatakan bahawa "had pendedahan tambahan boleh diterima" ke atas orang awam adalah pada 1 mSv setahun dan 50 mSv setahun untuk pekerja - termasuk radiasi latar atau radiasi yang berlaku secara semulajadi dalam persekitaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...