Saturday, June 16, 2012

Penemuan dan Saranan Utama Panel Pakar Bebas Antarabangsa


Setelah dilantik dan dipilih untuk melaksanakan tugas mengkaji tahap keselamatan kilang memproses Nadir Bumi, Lynas, Panel IAEA menyatakan bahawa kilang tersebut Selamat untuk dibina.

Namun, pihak Syarikat Lynas perlu mematuhi beberapa garis panduan bagi mengukuhkan tahap keselamatan sedia ada. IAEA juga menetapkan perkara - perkara berikut:

1. Standard Keselamatan Antarabangsa

Laporan IAEA menyatakan Lynas telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh AELB dan DOE.

Laporan IAEA juga menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard IAEA.


2. Pengurusan Residu

Laporan IAEA menyarankan agar Lynas mengemukakan pelan pengurusan residu jangka panjang yang komprehensif untuk kelulusan AELB sebelum memulakan operasi.

Pelan tersebut perlu merangkumi perkara-perkara berikut:
i.      Bagaimana residu akan disimpan atau dilupuskan. ii.    Bagaimana alam sekitar dipulihkan kepada keadaan asal selepas tamat projek?
 iii.   Apa akan terjadi apabila operasi projek ditamatkan.

Pendirian Kerajaan

Kerajaan telah menerima semua saranan dalam Laporan IAEA, dan akan memastikan kesemuanya dilaksanakan.

Lynas dikehendaki mematuhi sepenuhnya saranan dalam laporan IAEA termasuk mengemukakan pelan pengurusan residu jangka panjang yang komprehensif untuk kelulusan AELB sebelum memulakan operasi.

AELB akan diberikan kakitangan tambahan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan dan undang-undang terutamanya berkaitan kesihatan dan keselamatan awam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...