Wednesday, July 18, 2012

Hakikat Bila Menegakkan Kebenaran



Sebelum ini, tidak ada sesiapa pun yang berani tampil untuk memberikan fakta berkaitan dengan isu pembinaan Kilang Lynas dari kalangan Pakar.


Kebanyakan pihak hanya menumpukan kepada kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang juga merupakan seorang pakar Nuklear.


Walaubagaimana pun, kenyataan tersebut hanya dilihat dari sudut Politik dan bukannya berlandaskan kepada fakta sebenar.


Maka tidak hairanlah jika sejak kebelakangan ini, Dr. Che Rosli mula dilihat lebih berhati - hati dalam menyatakan kebenaran kerana khuatir kedudukannya dalam Politik akan terjejas.


Oleh yang demikian, pelbagai pihak menggesa agar pakar - pakar Bebas tampil memberikan maklum balas mengenai isu yang berbangkit ini demi mencari Kebenaran.


Namun malangnya, tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang Berani tampil kecuali Dr Looi Hoong Wah, seorang pakar Radiologi lulusan FAMM, MB., ChB(Manchester), MRCS(England), MRCP(UK) MRCP(London).


Dalam kenyataan beliau sebelum ini, jelas dinyatakan bahawa beliau kecewa dengan sikap gerakan Anti Lynas yang sengaja memutarbelitkan fakta demi untuk kepentingan individu tertentu.


Atas dasar itulah, beliau terpanggil untuk memberikan penerangan secara PERCUMA kepada mana - mana pihak yang sudi mendengar mengenai pendedahan yang hendak dilakukan.


Beliau juga sedar kesan dan akibatnya apabila beliau membuat keputusan tersebut dimana beliau akan dikutuk dan dihina oleh penyokong gerakan Anti Lynas yang terdiri dari kalangan mereka yang sebangsa dengannya.


Antara kata - kata kesat yang dilemparkan kepada Dr. Looi
Inilah pengorbanan seorang ahli akademik yang tidak mempunyai apa - apa agenda dalam Politik. Jauh sekali beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat nadir bumi tersebut. 


Beliau hanya menjalankan tanggungjawab untuk menjelaskan kekusutan yang ditimbulkan oleh gerakan Anti Lynas.


Sesuai jika perumpamaan Melayu diberikan kepada beliau dimana beliau Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah.


Komentar yang diberikan oleh penyokong Gerakan Anti Lynas dalam laman sosial Facebook Daun memberikan kita gambaran jelas bahawa gerakan tersebut sebenarnya hanya bermain dengan emosi dan bukan dengan fakta.


Lihat sahaja beberapa komen yang diberikan. Jelas, mereka memberi gelaran yang bukan - bukan terhadap Dr. Looi. Tidakkah itu menjadi bukti bahawa mereka ini sebenarnya mengikut rasa hati dan bukannya mahu menerima kebenaran? Tepuk dada, tanya selera.


Lihat Komentar selebihnya disini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...