Nampaknya Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, bolehlah mengangkat “bendera putih” sebagai tanda kekalahannya berhubung isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas, di Gebeng, Kuantan.
Sekiranya Fuziah berdegil, rasanya elok dia membeli tiket kapal terbang menuju ke Peranchis dan melawat sebuah kilang pemprosesan nadir bumi yang telah beroperasi selama lebih 40 tahun di Le Rochelle, di sana.
Fuziah pernah dengar nama Le Rochelle? Ia bukan nama coklat seperti Ferrero Rocher…
Le Rochelle ialah merupakan sebuah bandar pelancongan yang terkemuka di Peranchis di mana ia menjadi tarikan jutaan pelancong dari seluruh dunia untuk melawat kawasannya yang terkenal sebelah barat daya kota Paris itu.
Untuk pengetahuan Fuziah, dia tidak perlu memakai topeng penapis pernafasan di sana memandangkan udara dan persekitaran bandaraya pelancongan itu selamat serta bersih dari sebarang pencemaran radioaktif.
Fuziah juga tidak perlu membawa pekakas perfileman seperti yang dilakukannya di Malaysia di mana ikan, ayam, sayur dan beberapa bahan mentah makanan lain menjadi mangsanya melepaskan kemarahan terhadap Lynas.
Lebih menarik, Fuziah akan mendapati bahawa kilang memproses nadir bumi seperti Lynas itu dibina tidak jauh dari pusat penempatan dan kediaman para penduduk di bandaraya Le Rochelle tersebut.
Malah mengikut rekod kesihatan di kawasan bandaraya itu, tiada sebarang laporan pun yang menunjukkan berlaku sebarang kemalangan, keracunan, kematian dan sebagainya berlaku akibat kilang “ala-ala Lynas” tersebut.
Jadi, apa masalahnya dengan kilang Lynas di Gebeng yang menjadi mangsa fitnah dan kebencian Fuziah Salleh?
Apakah tindakannya memprotes pembinaan kilang tersebut bermotifkan politik dan mengenepikan peluang pembangunan sosio-ekonomi oleh masyarakat di sekitar kawasan tersebut?
Apakah Fuziah cemburu dengan kebolehan kerajaan BN Pahang yang mampu menarik pelabur asing datang melabur di negeri itu?
Atau Fuziah diarahkan oleh pihak-pihak tertentu di dalam PKR dan DAP yang bersifat “chauvinis ultra kiasu”? Berapa juta RM Fuziah dibayar untuk protes yang dilakukannya itu?
Sebagaimana maklum, pengeluaran produk nadir bumi di monopoli oleh negara China dan Malaysia adalah antara pengimport terbesar bahan yang dihasilkan dari sumber alam tersebut.
Memandangkan Lynas berminat untuk membina kilang memproses nadir bumi itu di Malaysia, maka ada pihak yang khuatir bahawa kilang yang bakal dibina di Gebeng itu akan memecahkan monopoli dari negara tembok besar tersebut.
Apabila produk nadir bumi yang mampu menghasilkan banyak peralatan elektronik itu mudah diperoleh di Malaysia, maka ia akan mengakibatkan kurangnya permintaan produk tersebut dari negara China.
Mungkin itukah yang dibimbangkan oleh Fuziah dan konco-konconya?
Sebelum ini, produk nadir bumi yang diimport dari China diperoleh dengan harga yang agak tinggi. Namun dipercayai bahawa apabila kilang Lynas itu mula beroperasi maka ia akan membekalkan produk dari hasil nadir bumi itu dengan harga yang sangat murah.
Dalam ertikata lain, anda akan dapati harga sebiji bateri telefon bimbit akan menjadi lebih murah berbanding harga pasaran sekarang. Begitu juga dengan barangan elektrik lain seperti mentol berkuasa rendah dan sebagainya, mudah diperoleh dan murah harganya.
Apa salahnya kita meniru kilang memproses nadir bumi di Le Rochelle, Peranchis dan mencontohi pemasaran perniagaan seperti yang diamalkan di China?
Jika Le Rochelle membuktikan bahawa kilang itu selamat di bandaraya pelancongan dan China membuktikan pemasaran produk nadir buminya mampu memberikan pulangan lumayan pada rakyatnya, mengapa Malaysia tidak boleh begitu?
Atau Fuziah sengaja mencari dan mereka-reka isu yang tidak sepatutnya menjadi isu? Orang jenis macam ini pun ada lagi di Malaysia? Saya ingatkan spesis seperti Fuziah sudah “pupus”. Ada lagi rupanya… - MyKMU
No comments:
Post a Comment